STEP 2 - STEP AKHIR : PERJALANAN KAMI DI KOREA

Bismillahirrahmanirahim, Alhamdulillah akhir dapat jugak cari masa untuk update step 2 hingga step akhir di Seoul, korea. Semoga perkongsian yang akan saya coretkan di sini berguna untuk semua backpacker yang akan bercuti ke Seoul, Korea. =)

Perjalanan kami ke Seoul, Korea selama 5 Hari 4 Malam


Hari Pertama  (23/5/2016) 

  • Kami bertolak pada pukul 1.00 pagi (M) dan tiba di Incheon International Airport pada pukul 8.20 pagi (K). Untuk pengetahuan semua waktu korea awal 1 jam dari Malaysia.
  • Bila turun dari flight korang akan isi borang kastam then baru cop passport. (macam biasa)
  • Bila keluar je dari airport kami terus ke kaunter Train AREX untuk redeem vouncher kami yang diperolehi daripada http://www.visitkorea.com.my/index.php?option=com_users&lang=en. iaitu Korea Tourism Organization (KTO). Harga train AREX ialah 8,000 won dan bila kami redeem vouncher hanya perlu bayar 6,900 won + dapat botol air PERCUMA !! (Jadi rajinkan diri search di KTO untuk dapatkan buku pelancongan korea skali dengan vouncher).
  • Bila sampai di seoul station kami pergi topup T-Money di kedai serbaneka (Macam 7-Eleven) sebanyak 30,000 won untuk 5 hari kegunaan, (T-Money juga boleh diperolehi di KTO). Lepastu kami pergi ke kaunter KORAIL untuk redeem vouncher train yang bernilai RM 300 secara PERCUMA!! again PERCUMA okey! ^_^ untuk vouncher KORAIL ni korang boleh mintak di KTX, NU SENTRAL if ada stock lagi la). 
  • Kemudian kami menuju ke Hyehwa station untuk mencari homestay kami iaitu bongbackpacker (Sangat strategik dan selesa untuk kami bertiga). 
  • Pukul 2.00 petang (K) kami pun menuju ke Gyeongbokgung Palace menaiki train ke gyeongbkgung station. Tiket masuk ke sana ialah 3,000 won sahaja. 
  • Selepas itu kami berjalan kaki ke Bukchon Hanok Village yg mengambil masa selama 15 minit, dekat sinilah kami sewa Hanbok (Pakaian traditional korea) selama 1 Jam 30 Minit dengan harga 10,000 won per person then pergi berjalan sekitar kampung ala-ala princess gitu.
  • Lepastu kami naik train menuju ke Itaewon station untuk menunaikan solat di Masjid Itaewon sekaligus untuk melihat dengan lebih dekat rumah Allah di bumi Korea ! Sangat cantik !
  • Dekat Itaewon korang boleh pergi kedai kebab yang berhampiran if korang lapar, rasanya Alhamdulillah boleh tahan la. :) cuma kalau rasa nak gi Masjid Itaweon jangan pakai KASUT TINGGI sebab korang kene mendaki, nanti mula la nak menangis tepi jalan tu. 
  • Pukul 12.00 malam baru kami tiba di homestay bongbackpacker untuk mandi dan beristirehat.. bayangkanlah bertapa terkejutnya urat kaki kami terpaksa berjalan seharian -___-" jadi if esok korang bangun sakit urat tu biasa la. 
HARI KEDUA (24/5/2016)
  • Pukul 12 tengahari baru kami keluar dari homestay sebab pagi tu hujan melanda, destinasi pertama hari ini adalah Nami Island. Dari hyehwa station kami bertolak ke Seoul station dan kemudian ambil train ke Yongsan station. Bila sampai di Yongsan Station kami perlu naik train ITX ke Gapyong station (Sila ambil tempat duduk yang bernombor dengan harga 4,800 won sehala daripada korang kene berdiri selama 1 jam -.-) Bila sampai di Gapyong station kami ke station bus yang berada di hadapan station Gapyong untuk menaiki Gapyong CIty Tour Bus. (Cupon diskaun menaiki bus boleh di dapati di KTO juga secara PERCUMA!!) Alhamdulillah kami naik bus tu PERCUMA je bukan dapat diskaun je tapi PERCUMA!! Bila sampai di Nami Island kami beli tiket masuk ke nami yang berharga 8,000 won (trip feri pergi & balik skali). Lepastu mulalah misi menjelajah Nami Island. (Serius cakap masa tak cukup sebab pagi tu kami keluar lambat =( jadi ada tempat kami tak berjalan lagi dekat nami tu). Dekat Nami Island ni korang tak perlu risau sebab ada kedai Halal untuk orang Islam bahkan siap ada surau  dalam kedai tu =)
  • Lepas keluar dari Nami Island kami tunggu bus untuk ke Petite France tapi nak di jadikan cerita bus dah tak pergi sebab pukul 6 petang dah tutup.. jadi kami pun naik teksi ke Station Gapyong dengan harga 3,000 won sahaja. Kemudian kami bertolak balik ke Seoul station dengan menaiki ITX sama macam waktu kita datang tadi. Dari Seoul station kami ke Chungmuro station untuk menaiki bus ke Nmasan Seoul Tower (Guna T-Money). Bila sampai di Bus station Namsan Seoul Tower korang perlu berjalan sikit untuk sampai di atas. Then kami pergi ke kaunter tiket untuk naik ke Observatory deck dengan harga tiket sebanyak 10,000 won per person jadi dekat atas tu korang boleh tengok permandangan Seoul Korea yang cantik dan boleh rehat kejap atas tu. 
  • Lepas turun daripada Namsan Seoul Tower kami pun menaiki bus ke station chungmoro untuk naik train ke hostel kami di Hyehwa Women university.    
    HARI KETIGA (25/5/2016) 
     
    • Pada pukul 10.00 pagi kami keluar dari hostel dan menaiki subway dari hyehwa university ke Gangnam station. Lepas tu kami menaiki bus 5002 ke Everland, bila sampai di sana ada satu bus untuk bawa penumpang ke Eevrland dan ianya PERCUMA!
    • Turun dari bus kami beratur di kaunter tiket, untuk harga biasa adalah 55,000 Won dan kami gunakan cupon diskaun KTO sebanyak 30% jadi jumlah kami perlu bayar hanyalah 38,500 Won =) so dekat sini dah habis jimat ! 
    • Bila dah Masuk Everland tolong jangan bergambar sini sana takut tak sempat nak main semua permainan dalam tu ^__^ sebab taman tema Everland ni memang besar dan banyak permainan. Kitaorang sempat main dalam 6 jenis permainan itu pun balik pukul 10 malam -____-" sebab nak tengok perarakan masa tu haha
    • Dalam everland theme park korang jangan risau bab makanan sebab ada je makanan orang islam boleh makan, paling penting korang kene try Churos & ice-cream yang diaorang dalam everland tu.  Bab solat pun jangan risau sebab ada surau yang disediakan bersebelahan permainan Ghost House.
    • Everland theme park ni memang wajib untuk korang pergi sehari suntuk kalau pergi waktu petang memang dah rugi masa + duit. So waktu nak balik korang keluar ikut pintu sama then ambik bus 5002 balik ke Gangnam Station. 
      HARI KEEMPAT (26/5/2016)
       
      •  So bila sampai hari ke empat ni kami bercadang untuk "Shopping Day" . Pukul 9.00 pagi macam tu kami dah keluar dari hostel dan menuju ke Namdaemum Market, dekat sini korang wajib try Cheese Kebab yang dijual oleh orang pakistan! kalau korang keluar dari subway hoehyon station then straight je dah jumpa kedai Kebab ni =) 
      • Habis shopping di Namdaemum market kami pun bertolak ke Dongdaemun market (naik subway jugak). Dekat sini korang boleh shopping keronsang, tudung, stoking, baju, seluar dan sebagainya. Bahkan beg tangan yang cantik-cantik pun banyak!
      • Lepas shopping di Dongdaemun market kami pun bergerak ke Myeongdong di mana terletaknya SYURGA MAKE-UP !! dekat sini memang banyak kedai berjenama dengan harga yang sangat murah berbanding di Malaysia. Contohnya, The face shop, Nature Republic, Holika Holika, Apieu, Etude House dan sebagainya. (Selalunya dekat sinilah barang korang akan borong banyak hasil kiriman dari mak nenek, adik beradik, kengkawan, musuh dan sebagainya.)
      • Di Myeongdong juga terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap, contohnya Kebab, Fish Ice cream dan sebagainya. So bawaklah duit lebih sikit untuk rasa makanan di sini ye! =) 
      • Habis je shopping di Myeongdong kami pun bergerak balik ke hostel untuk susun barangan kami dalam bagasi, ye la kut kut tak muat bagasi >___<" 
      • Untuk peringatan korang boleh claim tax refund untuk setiap pembelian yang diberikan resit tax refund. Korang boleh buat TR (text refund) di Airport. 
       
      HARI KELIMA (27/5/2016) Last Day =/
       
      • Flight kami adalah pada pukul 4.30 petang jadi pagi tu kami bergerak ke Ehwa Women Universiti (Jalan kaki je dari Sinchon Hostel). Alhamdulillah rezeki kami dapat tengok 2days 1night members tengah shooting dekat depan universiti tu >___<" tapi tak mampu ambik gambar bersama sebab diaorang tengah shooting and kitaorang pun dah kesuntukan masa untuk naik bus ke Airport. Ingatkan runningman saya sanggup sergah kwangsoo macam tu je heheh
      • Ehwa universiti ni memang besar dan cantik sangat, bahkan untuk pergi ke tempat belajar mereka perlu panjat bukit setiap hari -.-" no wonderlah pelajar mereka kurus dan cantik berbanding di Malaysia. mueheheh ! 
      • Pukul 12 tengahari kami pun check out dari Sinchon hostel dan menaiki bus ke Incheon Airport dengan harga 9,000 won. If korang stay di Sinchon Hostel diaorang ada bagi cupon 1,000 won discount untuk naik bus ke Airport. Harga biasa adalah 10,000 won. 
      • Kami tiba di Incheon Airport dalam pukul 1.10 tengahari macam tu then jalan-jalan kejap dalam airport sebelum check-In dan bertolak pulang ke MALAYSIA TERCINTA !
      •   
       
       
      Tips lain yang berguna :
      1. Sila sediakan kamus bahasa korea dan bahasa english awal-awal cause tak semua warga korea fasih berbahasa inggeris =) terutamanya soalan "Where is Mosque? or Can i pray here?" transferkan dalam bahasa korea terus dan catit awal-awal dalam buku catatan. Kalau tidak jadi macam pengalaman lawak kami bila kami tanya nak tumpang solat dekat kedai tu dia bagi pad wanita sebab ingat kami datang bulan -_____-"" bila kami rukuk dan angkat takbir macam nak solat baru mereka faham... ushhh cabaran betol! 
       
      2.  Sila catit alamat dan no telepon Kedutaan Malaysia di korea sebelum korang travel. Ini adalah untuk keselamatan korang ye! sediakan payung sebelum hujan

      3. Bawa makanan segera dan botol mineral kemana sahaja. Kadang-kadang ada setengah tempat makanan halal memang susah dijumpai if korang jenis yg ada sakit migrain dan sakit kronik yang kene makan awal silalah bawa makanan takut pengsan tengah jalan tu tak memasal nak bayar kos hospital.

      4. Bawa seluar ketat or seluar yang macam pelumba basikal selalu pakai tu, waktu nak tidur malam sila pakai ye, Ini adalah salah satu cara untuk mengelakkan kekejangan urat peha dan kaki. Untuk mereka yang chubby amat bagus jugak bila nak berjalan jauh untuk mengelakkan melecit di celah peha.